Byna versi Hairi Pottah :p

Tuesday, July 12, 2016

I just wonder ...

Assalamualaikum heyya heyyo holla huiii !

So tonight . I'm sitting alone . Still wonder why and why and why . Too many thoughts . Zero answer . Pretending to be okay . Everything is alright . But the truth is not .

Words can be lies . Promise can be false hope . So what is the value of trust ?

2200 hours . 12-7-2016 . 

Monday, July 11, 2016

Paranoia

"Serius wey . Jangan bagi harapan palsu . Aku benci harapan palsu."

Aku cakap kat member aku lepas mintak duit raya dari dia . Hahahahaahaahaha . Actually main-main ja tapi entah kenapa tetiba ayat tu keluar dari mulut aku lepas dengar word 'janji' dari dia .

Aku dah jadi paranoia . Taktau paranoia tu apa ? Orang yang susah nak percaya dengan orang lain .

"Once dah berjanji, kena tepati"

Sebab apa aku paranoia ? Jawapan simple, sebab ada makhluk Allah yang langgar prinsip atas tu .

Aku pegang dengan janji tapi...

Apa aku dapat lepas 5 tahun aku tunggu dan berpegang dengan janji tu ? Apa aku dapat lepas 5 tahun aku positifkan diri tak fikir bukan-bukan ? Apa aku dapat lepas 5 tahun persoalan aku dibiar tergantung ? Apa aku dapat lepas 5 tahun aku still taktau apa salah yang aku dah buat ?

"If there's nothing wrong, why we're suddenly become strangers?"

If you are reading this , please know that you are the main reason I've become a paranoia . Thank you .

Thursday, June 30, 2016

GMI Training for Advanced Technology (part 1)



Assalamualaikum hai hai heyyo holla hoiii~

Aku dah mention before ni nak update pasal GMI kan ? Okay here it is.

GMI merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang bertempat di Kajang, Selangor.
Mula beroperasi since 2008. Idea penubuhan GMI ni diasaskan oleh Tun Dr Mahathir 
Mohamad. Nak tahu lebih mendalam ? Tekan sini.

Semua yang masuk GMI ni adalah bakal-bakal engineer berjaya, mantap, padu lagi bergaya. 
Kenapa ? Sebab kat sini memang menawarkan course- course engineering sahaja. Hahahahaaha . Meh aku listkan semua course tu.

GMI menawarkan 3 jenis program, iaitu; 


Course under department Industrial Electronics;


  • Diploma in Creative Multimedia
  • Diploma in Engineering Technology (Autotronics & Hybrid System)
  • Diploma in Engineering Technology (Facilities & Building Automation)
  • Diploma in Engineering Technology (Industrial Communication System)
  • Diploma in Industrial Electronics (Mechatronics)
  • Diploma in Industrial Electronics (Process Instrumentation & Control)
  • Diploma in Industrial Electronics (Electronics and Information Technology)
  • Diploma in Network Security
  • Diploma in Engineering Technology (Sustainable Energy & Power Distribution)
  • Diploma in Engineering Technology (Industrial Plant Maintenance)


Course under department Production Technology;


  • Diploma in CNC Precision Technology
  • Diploma in Engineering Technology (Industrial Design)
  • Diploma in Engineering Technology (Machine Tools Maintenance)
  • Diploma in Engineering Technology (Manufacturing System)
  • Diploma in Engineering Technology (Sheet Metal Fabrication & Product Development)
  • Diploma in Production Technology (Tool & Die Technology)
  • Diploma in Production Technology (Mould Technology)
  • Diploma in Product Design and Manufacturing



German A-Level Preparatory Programme (GAPP)aku tak dapat nak hurai banyak 
sebab program ni lebih kurang macam asasi untuk students yang nak sambung degree
kat overseas. Bukan negara German saja, program ni merupakan platform untuk terbang 
ke UK, Australia, etc. Most of students GAPP yang intake sama dengan aku sekarang 
dah fly merata dah. Untung laa depa punya program setahun ja tempoh pengajian. Kehkeh . 

Monday, June 27, 2016

Life in GMI



Assalamualaikum hai hai heyyo holla hoiii~

It’s been a year since aku bergelar siswi GMI, baru nak update life kat GMI. 
Hahahahaha. By the way, tahu ke definisi GMI tu apa? 

G - German M - Malaysian I - Institute >>> German-Malaysian Institute !

Nak tahu pasal GMI? Next post aku cerita. Now back to the topic.


Alhamdulillah masuk GMI ni pandangan aku serba sedikit makin terbuka.
 Aku dapat accept anyone as my friends. Kalau sebelum ni, aku memilih bab-bab kawan. 
Memang lumrah budak SBP ka macam mana ? Hahaha. 
Setahun kat sini, banyak jenis orang aku jumpa. Yang baik, yang tak berapa baik,
 yang terlebih baik semua pun ada. Macam pakej Astro kateko ! Kehkeh.

Benda paling precious kat sini classmates aku. Since semester satu lagi kami dah kamceng 
macam family. Orang kata tak kekal sebab normal la semester satu la katakan, baru nak
kenal kenal mesra alam semua. Tapi Alhamdulillah elok ja lagi #EIT1Familia bersatu. :)

Of course sentiasa menjadi tradisi, aku la adik bongsu dalam kelas. 
So no wonder iolls selalu dimanjakan. Hahahaahahaha. 
Sepanjang study dalam kelas EIT1,kelas aku takdak la masalah gaduh ka apa. 
Macam-macam jenis perangai dok ada  sakai-sakai dalam kelas aku ni. Nanti la aku describe tiap sorang naaa. 
Cuma satu ja nak confess, 

Time aku susah depa tak berkira tolong aku
Time aku down depa ada untuk motivate aku
Time aku moody depa ada ceriakan aku
Time aku lapaq depa bawak aku keluar makan
Time aku sakit depa provide segala ubat

Macam mana aku boleh tak sayang depa ??? 

That’s why aku cakap classmates aku la benda paling precious sepanjang aku kat sini. 
Apa-apa pun memang aku akan lebihkan depa dulu, sebab apa ? 
Nak aku habaq semua sebab ka ? Hahahahahahahaaha. 

Roomates aku dah in-out banyak, sekarang daripada 6 orang tinggal 4 orang ja. 
Bayangkan kalau 6 orang pun krik-krik, ni tinggal 4 orang pun sama ja. 
Semua yang mai melawat bilik aku tak percaya dengan keadaan roomates aku. 
Hahahahahaha rileks... Bukan kami bergaduh pun tapi semua busy ada life la katakan.
 Rasa nak sembang, sembang ja. But mostly memang krik-krik la takleh nafi.
 Cuma bila speaker aku dengan Izzah bergabung meletup satu floor, haaa amek ! 
That’s why bilik tu tempat paling aman nak study, takdak sapa nak kacau. 

Pasal study, Alhamdulillah aku berjaya dapat dekan waktu semester satu, 
now tengah tunggu result semester dua which is aku target dapat lagi tinggi daripada 
result semester satu. Bab-bab study ni satu ja aku kena selalu beware, 

JANGAN SIBUKKAN DIRI DENGAN HAL-HAL 

ORANG-ORANG YANG TAK PENTING

Sebab aku ignore segala benda yang boleh ganggu study aku, aku sukses. 
Kalau la dari dulu aku macam ni kan bagus. 
Aku mengaku aku genius tapi genius tu hadir dengan usaha dan doa yang berterusan.
 Kalau aku tak berusaha, aku tak dapat apa-apa. 
Sebab tu la aku selalu cakap, “aku study tapi bukan depan hampa” dekat classmates aku. 
Mana ada orang yang tak study boleh skor unless memang betul-betul genius la tu. 

TAPI ! 

Study tu study jugak, janganlah skema sangat sampai tak bersosial langsung. 
Maksud aku sosial yang sihat. Aktif dalam kelab, main sukan, etc. 
Dekat GMI ni punyalah banyak kelab boleh join, banyak sukan boleh main, 
alasan sangat kalau kata takdak pilihan or takdak yang berkenan di hati.
 Either rajin or malas saja kannn. Pasal kelab dengan sukan ni pun satu hal jugak. 
Okayyy aku hurai dalam next post okay ;)

So far, banyak achievement yang dah aku peroleh kat sini walaupun baru setahun. 
((One of it, AKU TAK TIDUR LANGSUNG DALAM KELAS sepanjang tahun 2015/2016.))
 Bukan nak pulun tapi timba pengalaman. Bila lagi nak try macam-macam kalau bukan
 waktu zaman uni ni ? 

Ada yang tanya, 

“Dah jumpa yang berkenan sebagai pemilik tulang rusuk ke?”

Dekat GMI ni majoriti lelaki, tipu sangat kalau at least tak pernah crush kat sesapa.
 Hahahahhahahahaha okay kantoi. Tapi sekadar crush saja, 
aku tak rasa ada lagi yang layak nak pegang title tu. Even rapat dengan some of them, 
semua end up aku terima as kawan saja. Hormon dewasa aku tak berkembang lagi kot. 
Tak rasa macam nak bercinta lagi. Kehkeh. 

Sekarang sedar yang diri aku semakin dewasa, kena berfikiran matang, 
kena bersifat terbuka, kena berwaspada, kena pandai bawak diri dll. 
Baru a few days ago, aku ada apply scholarship since Mara sekarang tengah problem. 
((Entah bila nak dapat elaun)). Doakan aku terpilih untuk interview. Ngeee. 
And sekarang aku tengah in progress untuk completekan detail sukarelawan Sea Games 2017. 
Baru bukak emel depa suruh update. Masih fikir nak pilih sukan apa yang menarik untuk 
aku turun padang jadi sukarelawan nanti. Hmm hmm ~~

Starting a new life



Everything’s changed . Move on . Spreading positive vibes :)

Will continue updating latest posts later .

See ya ^^

Thursday, February 5, 2015

Welcome Back!

Sekian lama blog bersawang, nanti aku post entri entri terbaru yawwww...
Be right back. :))) 

Sunday, April 13, 2014

Laporan KESUMA 2014

 LAPORAN KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA RUMAH (KESUMA) KALI KE-6 2014

Pada 1 sehingga 4 Mac 2014 yang lalu, telah diadakan satu Kursus Kepimpinan bagi Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah Sekolah-sekolah Berasrama Penuh bertempat di SM Sains Sultan Iskandar (ISKANDAR). Seramai 8 peserta dari SM Sains Kepala Batas (SMSKB) diiringi oleh Encik Mohd Shareef B Omar, Penyelaras Sistem Rumah, telah menghadiri kursus ini iaitu:

Ketua Rumah Delphinus: Fathullah Harith B Mazuwan
Pen. Ketua Rumah Delphinus: Nur Syahirah Sabryna Bt Mohmad
Ketua Rumah Orion: Muhd Alif Azizi B Azmi
Pen. Ketua Rumah Orion: Farah Afiqah Bt Mohd Fauzi
Ketua Rumah Phoenix: Ahmad Luthfillah Hadi B Ahmad
Pen. Ketua Rumah Phoenix: Aina Damia Bt Azhar
Ketua Rumah Serphen: Ariff Assyakirin B Rosli
Pen. Ketua Rumah Serphen: Nurul Faiza Bt Hussain

Kursus ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ketua dan penolong ketua rumah tentang methodologi yang sebenar untuk memimpin ahli-ahli rumah mereka untuk membina iklim asrama yang terbilang. Setiap rumah di sana dinamakan mengikut nama perdana menteri iaitu, Rahman (kuning), Razak (hijau), Hussein (biru) dan Mahathir (merah).
Sepanjang kursus, peserta-peserta kursus KESUMA telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti bagi memantapkan lagi ilmu kepimpinan mereka. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah Ice Breaking, Slot Rumahku, Ceramah 5 Prinsip Kepimpinan, LDK Peranan Ketua dan Penolong Ketua Rumah, Slot Komunikasi Berkesan, Team Building, Taklimat & Persediaan Leadership Outreach, Slot Pelan Tindakan, Makan Malam Kasih KESUMA serta Ceramah Memperkasa Pemimpin Global di SBP.
 Peserta-peserta kursus KESUMA juga telah berpeluang untuk menjayakan Leadership Outreach Programme yang melibatkan sekolah-sekolah rendah dan badan-badan organisasi yang berdekatan. Antaranya, Kem Desa Bina Diri, SK Sawah Dato, Rumah Anak Yatim Mersing, SK Bandar Mersing, SJK(C) Pai Chee, SK Seri Mersing, SK Seri Pantai, dan Tadika Cilik. 
Aktiviti yang pertama sekali dijalankan pada 1 Mac 2014 ialah Ice-Breaking pada jam 5.00 petang sehingga 6.30 petang iaitu pada masa setiap peserta kursus KESUMA dikehendaki untuk berkumpul mengikut jantina,bulan lahir, saiz kasut dan sebagainya.Disamping itu, para peserta kursus KESUMA berpeluang berkenalan sesama sendiri apabila dibahagi sebagai kumpulan-kumpulan kecil. 
 Aktiviti Slot Rumahku pada sebelah malam bermula jam 9.20 malam sehingga 11.20 malam iaitu pembahagian kumpulan mengikut rumah masing-masing. 

Aktiviti yang seterusnya ialah ceramah tentang 5 Prinsip Kepimpinan pada 2 Mac 2014 dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Para peserta kursus KESUMA didedahkan dengan 5 prinsip utama sebagai seorang pemimpin iaitu: 
Model the way
Inspired a shared vision
Encourage the heart
Challenge the process
Enable others to act

Kemudian, aktiviti seterusnya iaitu LDK Peranan Ketua dan Penolong Ketua Rumah dijalankan pada jam 11.00 pagi dan diteruskan dengan Slot Komunikasi Berkesan sehingga jam 1.00 petang. Pada sebelah petang pula, aktiviti Team Building dijalankan dari jam 2.30 petang sehingga 5.00 petang iaitu para peserta kursus KESUMA diuji dengan pelbagai permainan yang menguji kerjasama berpasukan dan bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang ditetapkan. 
Taklimat & Persediaan Leadership Outreach dijalankan pada sebelah malam bermula jam 9.30 malam sehingga 11.30 malam. Taklimat diberikan kepada peserta kursus KESUMA mengikut rumah masing-masing oleh Ketua Guru Rumah. Setiap rumah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diberikan tugasan dan lokasi yang berbeza. Setiap kumpulan pula diberi tugasan untuk mengendali dan menjalankan program mengikut kreativiti masing-masing yang sesuai untuk lokasi yang mereka akan kunjungi pada esok hari. Perbincangan berlangsung dan peserta kursus KESUMA dinilai secara terperinci oleh para Fasilitator dan Jurulatih Utama (JU).
Keesokan harinya, iaitu pada 3 Mac 2014, setelah selesai bersarapan dan melakukan aktiviti riadah pagi (senamrobik), para peserta kursus KESUMA berkumpul dan berpakaian uniform sekolah masing-masing dan bergerak ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan mengikut kumpulan untuk aktiviti Leadership Outreach bermula jam 7.30 pagi dan mereka pulang semula ke ISKANDAR pada jam 12.45 tengahari. Setelah selesai menjalankan Rumusan Leadersip Outreach dari jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang, para peserta kursus KESUMA diberi taklimat sebagai persediaan Majlis Makan Malam Kasih KESUMA. Segala protokol dan persiapan majlis diterangkan dan berakhir pada jam 4.30 petang.
Pada jam 6.30 petang, para peserta kursus KESUMA bertolak ke Politeknik Mersing, Johor bagi sesi Majlis Makan Malam Kasih KESUMA. Majlis makan malam tersebut berlangsung setelah selesai solat maghrib dengan upacara pembukaan oleh wakil pelajar ISKANDAR mempersembahkan nyanyian qasidah dan seni tarian silat. Majlis makan malam diteruskan dengan persembahan band ISKANDAR dan sambil menikmati juadah makan malam yang memukau selera, para peserta kursus KESUMA disajikan dengan Ceramah Memperkasa Pemimpin Global di SBP yang disampaikan oleh Tan Sri Abd Ghafar B Mahmud. Majlis Makan Malam Kasih KESUMA berakhir dengan latihan sorak rumah pada jam 11.15 malam dan para peserta kursus KESUMA dibawa pulang ke ISKANDAR.
Pada hari terakhir iaitu 4 Mac 2014, peserta kursus KESUMA menjalani slot Pelan Tindakan bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi dan diteruskan dengan Rumusan & Penilaian Pelan Tindakan sehingga jam 11.30 pagi. Majlis penutup dijalankan setelah selesai aktiviti Rumusan & Penilaian Pelan Tindakan sehingga jam 1.00 petang. Para peserta dibenarkan pulang dan mula bertolak mengikut bas sekolah masing-masing.
Diharapkan agar kursus ini telah dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada ketua-ketua rumah dan juga penolong-penolong ketua rumah SMSKB dan semoga ilmu yang telah dipelajari akan dapat dipraktikkan dalam memimpin rumah masing-masing.

Laporan disediakan oleh,
Nur Syahirah Sabryna Bt Mohmad
(wakil peserta KESUMA SMSKB)